Misi
Menyedia dan menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini kepada publik melalui perantara yang canggih

Visi

Bertekad menjadi penyampai informasi tepat dan terkini yang berupaya meningkatkan imej melalui perkhidmatan yang berkesan, cekap dan kreatif, peka dengan keadaan dan permintaan semasa para pelanggan, serta bekerjasama secara perkongsian pintar dengan pihak lain untuk membentuk warga PPUKM yang sentiasa bersedia untuk membantu.
 

Objektif 

1. Menjayakan matlamat PPUKM sebagai hospital pengajar, perkhidmatan perubatan dan penyelidikan.
2. Bertekad menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan terkini.
3. Sentiasa berusaha meningkatkan citra PPUKM melalui medium perantara yang terkini, penerbitan, hubungan dan jaringan antarabangsa.
4. Memastikan setiap majlis yang dianjurkan mengikuti prosidur dan protokol yang ditetapkan. 

Peranan  

- Bertanggungjawab mengatur dan memaklumkan program perhubungan dengan pihak luar.
- Mengeluarkan kenyataan akhbar.
- Menghasilkan bahan penerbitan tertentu seperti Buletin Pusat Perubatan UKM,Laporan Tahunan dan Risalah.
- Bertindak selaku urusetia majlis-majlis rasmi di PPUKM.
- Menyelaras hal ehwal protokol acara rasmi PPUKM.
- Mengurus draf ucapan perasmian majlis-majlis PPUKM.
- Mengendalikan hal berkaitan aduan para pelanggan melalui media.
- Mengendali lawatan rasmi dan tidak rasmi pelawat PPUKM.
- Mengurus penempahan cenderamata PPUKM.
 
< Prev   Seterusnya >
Themes and Templates by dezinedepot